Saturday 9 May 2015

Annyeonghaseyo~Trick Eye Museum & Hello Kitty Cafe (4)

Okeh, sudah hari ke-4 di Seoul. Esok da nak balik. Arini last jalan. Sesungguhnya mmg 4 hari jalan kat Seoul ni tak cukup masa. Banyak sangat tempat yang kami tak pergi (T_T).  Balik KL, my friend keep telling me, "Mas u need to go again, u need to go again" Ya, i know  tapi siapa mau sponsor tu..Haha. Di sebabkan waktu suntuk kami focus pada tempat yang jadi main attraction tourist saje. Menyesal pulak haritu book tiket pendek sangat. Tapi kalau lama trip lagi banyak wit kuar, pastu aku ada banyak lagi trip taun ni. Muaahahaha. Ni baru trip no.2, pasni ada Kuching, ada Phuket, KK, Kuala Terengganu, termasukla China :). Kawin ngan pilot jela, senang citer, eh tetiba. Ok je tapi muka pilot kena macam org Korea, hahahaha. 
Stop merapu. Harini kami nak gi Lotte World- plannya la. Tak sesat senang je nak gi. Sbb Lotte World ni bersambung dgn Subway. Dari Myeongdong Station tukar dekat Dongdaemun, tukar dekat Sinseol Station pastu turun kat Jamsil Station. Lebih kurang 45 minutes naik subway. Kat Lotte World ni ticket masuk dalam KRW46,000, lebih kurang RM 140++.
Ni entrance dari luar.
Turun je ada patung 2 ekor ni menyambut kite
Style amusement park ni.
Main cak cak
Entrance
Kaunter ticket
Kami pergi hari Ahad. Mak ai, ramainya orang Korea ni keluar dgn anak2. Family oriented betul orang Korea ni, gud gud! Ramai gile orang, kami sampai pagi tak ramai lagi orang after 1 hour sekejap je tempat tu da crowded. Kami ni survey2 je tak masuk pun hehe. Pikirin banyak lagi tempat yang nak gi harini, kena pikir masa juga nih. Kami jalan2 jela kat sini, jalan depan lagi ada Lotte Mart. Sedih aku nak masuk, terasa rugi tak masuk (T_T). If masuk mau smp petang, tak pelah, lain hari, lain kali.
 

Sekejap aje jalan kat sini. Terus balik naik subway ke Hongik Station, Line 2, ambik exit 9. Kami nak ke Trick Eye Museum. Dari exit 9 tu jalan terus 150m pastu cross road, then turn left to Hongik-ro Street. Pastu go sraight lagi about 120m and turn right down the second side street (in between Tonymoly and Holika Holika). Then go 100m lagi and nampak la Trick Eye Museum belah kanan. Dia dalam bangunan, kecik aje sign boardnya, hati2 takut tak nampak. 
Welcome!
Entrance nya pun comey je, kecik mak aih
Ini dia ticket nya, KRW 15,000 seorang. Dalam RM 48 juge.
Masuk je terus jadi rama2
Among the 3D picuture here (^_^)








Saya terimala sushi ini dengan percuma.



 







 
 


 
  
 
Dalam ni dinasihatkan jangan pakai flash. Tempatnya small aje. So a bit crowded la, especially kalau jumpa tourist China, mmg haru hahaha. Gambar sebenarnya tak banyak, it just that the place tu kecik so you rasa gambar dia banyak. If dekat Malaysia, 3D museum ni ada kat Langkawi, Penang pun ada tp kat Penang few pieces je gambarnya, memang tak byk langsung. In Thailand, dekat Pattaya and Hatnyai ada 3d museum ni.
Satu ticket utk 2 entry,  satu dekat 3D Museum tu, satu lagi kat sini Ice Museum. Love Museum tu tak termasuk. Sejuk u dalam ni.




 

 

 

 

 
Sejuk sangat la tu ye hahaha. Tempat dia menarik. Tapi tak explore semua, sbb sejuk gile dalam ni.
 Ini kawasan luar trick eye museum.
 
 Banyak kafe comel kat Korea ni. Dari sini kami nak ke Hello Kitty Cafe, nak gi minum jap. Area yang sama dgn Trick Eye Museum ni.
Kami sesat cari Hello Kitty cafe ni. Melilau juga cari. Sebenarnya dari Hongik Station, exit 5, after 100m ikut kiri, jalan straight sampai jumpa TonyMoly shop belah kanan dekat corner. Pastu pusing kanan-jalan straight lagi sampai jumpa bangunan pink mcm ni. Tapi ada tourist booth opposite TonyMoly shop tadi. So jangan risau. Kami dari Trick Eye Museum tu kemana tah pergi merayau. Nasib baik jumpa. Biasala jalan sendiri ni, mencabar juga. Kadang mmg kita buat research tapi bile pergi sendiri, lain experience.
Menarik menu kat sini. Rasa mcm nak beli semua.

 
 Coffee sedap, waffle pun sedaaaaap...
Makan dule ye. Berpeluh i.
Choices on the helly kitty item. Mug yang comel tu RM25 plus2. Kat Bangkok pun da ada Hello Kitty Cafe tau. Boleh check siapa nak gi Bangkok.
Ni kawasan luar Hello Kitty Cafe. Menarik betul jalan2 kat sini. Best duit banyak, semua boleh beli hikhikhik. Time nak summer, banyak yang jual blouse, mmg cantik2. Dari Hello Kitty ni, kami nak ke Gwangjang Market. Market lama yang jual mcm2. Semua ada kat sini, termasuk material kain.

Kelakar dekat subway, aku berpecah dgn adik aku. Aku ingat dia jalan terus, aku gi kejar kat depan, rupanya dia turun bawah subway. Melilau2 juga dekat 15 minit. Dia tak roaming aku yang automatic roaming ni tak tau mcm mana nak buat call. After 15 minit aku patah balik, igt nak balik hotel je, time tu jumpa balik.Adoi!
Ni la kawasan market Gwangjang ni. Macam pasar lama. Turun kat station Jongno 5 ga, line 1 ikut exit 8. Kalau turun dekat Euljiro 4-ga station, line 2 atau 5 ikut exit 4.
Ni kawasan diorang makan. Kami datang sini ari Ahad, kedai tutup! huhu. Ada beberapa kedai kain je yang bukak. Beli ajelah tapi macam takde choices sangat la. Dalam tak banyak choices pun aku beli 5 pasang kain juga, kain cotton dgn chiffon, hehe. Da namanya pompuan. Yang bukak ari Ahadnya market pasar sayuran2 dgn tempat makan je. Lain2  semua tutup. Orang Korea ni kelakar, kami beli kat satu kedai ahjussi ni, pastu kawan dia datang ckp2 berdua dlm bahasa korea yang aku dok fhm, lepas tu dia bawa kami pergi kedai kawan dia, adoila. Haha, aku beli jelah sbb kesian. Ok ni perangai tipikal orang Malaysia, mudah kesian. Kain cotton atau chiffon kat sini 4 meter KRW 10,000 ribu dalam RM 32.
 Kawasan dalam market. Kami round yang bawah je tau, kat atas tak naik pun. Sbb gelap je, kedai banyak tutup kan. Jangan datang ari Ahad.

Dari sini kami ke Itaewon. Tempat yang  famous among expart and tourist. Kebanyakkan mereka mmg stay kat sini. Sbb dulu ada pengkalan tentera Amerika kat Itaewon dats y tempat ni famous dgn tourist and expart. Masakan Thai, Italy semua ada na.
Kat sini banyak juga makanan halal. Ramai Malaysia suka stay kat sini. Kami datang sini sbb nak ngk kawasan dgn nak makan sekali.
 

 

 Kat sini ada Masjid. Kedai makan banyak tapi kami pergi kat sini Muree Restaurant. Location dekat dgn masjid.




Ramai orang Malaysia makan kat sini. Makan 2 orang, dekat dgn RM100plus for 2 meals. Lepas makan ronda sekajap kawasan ni, takde apa sangat. Naik subway turun dekat station Namdaemun, jalan lagi tambah shopping hehe. After tu balik hotel and malam keluar balik last jalan2 dekat Myeongdang street.
Ni shop dekat subway. Kawasan luas mmg banyak shop dekat sini sebelum kita masuk bahagian ke train.  Semuanya menarik. Aduhai...

Sbb kami duduk dekat Myeongdong boleh juga berjalan2 kat street ni. 
Aku ada juga beli lotion,lipstick,perfume dekat Face Shop kat sini. Hikhikhik, memang tak pernah tak seronok shopping. Menyesal nanti  pikir kemudian.
Malam mmg sejuk.
Kat sini mmg banyak cafe comel. Kami pergi minum coffee dekat sini, Hollys Coffee. Coffee sedap, waffle pun sedap. Malam kan sejuk pastu minum hot coffe, waffle mmg da sedap, Fuh!
Among menu yang ada.

Memang seronok jalan2 kat Korea ni, hehehe. Lepas minum kami sambung jalan sikit then terus balik hotel. Esok flight pkul 11.00 pagi jadi pkul 7.30 pagi kami da siap nak turun. Malam tu packing la kan. Last entry for Korea trip, aku rasa memang nak pergi lagi Korea lagi. Jeju, Busan tak pergi lagi. Pastu banyak tempat yang kami missed mcm Cheonggyecheon tu tak pergi, Lotte World tu tak masuk hahaha. Takpalah sbb nanti rushing2 pun tak best kan. Pergi Korea ni mcm pergi Australia, sbb duit kita darab dgn duit diorang mcm 3.1 or 3.2. Ikut rate la, so mmg semua barang jadi mahal. 
Makan, entrance fee semua mahal. Mmg kena ada spare duit extra. 
Plus kena banyak research kalau nak pergi backpacking ni, i mean kalau nak pergi sendiri. Aku busy kerja jadi aku tak research sangat, ada la aku buat tapi tak khatam la, aku main redah je hikhik. Tapi Korea ni mmg boleh pergi sendiri. Ikut tour pun boleh tapi setakat 2 orang aku rasa better pergi sendiri. Jimat banyak, tapi kalau ikut tour tak payah pening2 la kan cari jalan, cari tempat, subway line tu semua. Ikut preference masing la. Utk trip Korea ni 6 hari 4 malam, aku habis dalam RM3,800 termasuk flight ticket,hotel, tour, entrance fees, makan and shopping. Ok la, tak sampai RM4K hehehe.

No comments:

Post a Comment

Bali~Pura Ulun Danu Bratan & Tanah Lot (2)

Ola...aku masih hidup, Alhamdulillah. Lama betul ku tidak update blog ni. Busy sbb aku nak gi sambung studi luar negara nun jauh di Londo...